MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia Malaysia dan Indonesia jayakan program Moulding Asean Future

Saudara Jufitri bin Joha, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima jemputan sebagai panelis dalam Malaysian Indonesian Youth Forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) di Indonesia yang berlangsung di Lembang, Bandung Indonesia. Program ala latihan fizikal mempertemukan pimpinan mahasiswa Malaysia dan Indonesia bagi memperkukuhkan platform persahabatan dan solidariti antara dua negara sebagai paksi utama kepada kejayaan ASEAN.

Program yang bertemakan Moulding Asean Future turut dijayakan bersama Education Malaysia (EM), Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) dan Majlis Belia Malaysia.

5fabf26a-fe0a-4003-8d15-a716af0901d5

Dalam slot utama iaitu slot forum, saudara Jufitri berkongsi tentang perkembangan pembangunan belia di Malaysia dan Asean. Beliau turut menekankan kepentingan mengukuhkan persahabatan antara belia Malaysia dan Indonesia sejak awal kerana hubungan ini akan menjadi amat berguna apabila masing-masing berada di posisi-posisi penting Negara.

Jufitri juga menekankan kepentingan mempersiapkan diri mahasiswa dengan 5 elemen iaitu idealisme, intelektualisme, spiritualisme, aktivisme dan globalisme. Di kesempatan itu juga saudara Jufitri mengambil peluang bertemu, berdiskusi serta membina kerjasama antara MBM dengan PKPMI bagi graduan-graduan PKPMI meneruskan sumbangan dan kepakaran di Malaysia melalui badan gabungan belia yang bernaung di bawah MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »