MAJLIS BELIA MALAYSIA

Banjir di Kuala Lipis dapat perhatian belia

27 Januari 2017, Kuala Lipis: Bencana banjir di Kuala Lipis telah menarik perhatian MBM melalui kumpulan Misi Belia Prihatin MBM-KBS memberikan bantuan dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Misi ini telah diketuai oleh Sdr. Ahmad Daniar Ismail, Timbalan Presiden MBN Pahang merangkap Penolong Bendahari MBM. Seramai 400 orang daripada 7000 lebih mangsa yang terlibat di sekitar Bandar Kuala Lipis telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir bertempat di Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis.

Misi ini turut disertai sukarelawan dari MBN Kedah yang diketuai oleh Sdr. Hamdan Jamel, Timbalan Presidenn MBN Kedah bagi membantu proses penyediaan makanan kepada mangsa banjir. Antara bantuan yang diberikan adalah seperti sumbangan makanan, kit makanan permulaan, susu bayi dan lain-lain.

Turut hadir bersama bagi menyerahkan bantuan daripada Agensi Bantuan Bencana Negara iaitu YH. Dato’ Abu Jimi Bin Samat, Ahli Majlis Daerah Lipis.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »