MAJLIS BELIA MALAYSIA

Agenda besar MBM pasca HBN 2024

PUTRAJAYA 10 Jun – Menginjak separuh masa kedua tahun 2024 pastinya memerlukan gerak kerja lebih drastik dan pantas di semua peringkat khususnya pasca Hari Belia Negara yang menyaksikan beberapa agenda besar diutarakan YAB Perdana Menteri untuk dilaksanakan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan gabungannya.

Justeru, hari ini Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun telah meneruskan pertemuan bulanan bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit khususnya melibatkan gerak kerja MBM.

Terima kasih YB Menteri di atas komitmen dan kepercayaan yang jitu kepada MBM dalam membawa suara belia secara amnya dan kami komited dalam menggerakkan agenda belia Malaysia di tahun 2024.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »