MAJLIS BELIA MALAYSIA

ABIM lancarkan kempen bersih, cuci, bantu & sokong

31 Dis 2014, Bachok – seramai 200 orang sukarelawan dari Lembah Kelang dan Kuantan telah digerakkan ke Kelantan untuk membantu di Pusat Operasi Banjir ABIM di Bachok.  Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk tugasan membersih, mencuci, membantu dan memberi sokongan kepada mangsa-mangsa di Kelantan. Bekalan sumbangan yang dibawa bersama-sama ialah makanan dan kit kebersihan diri. Antara lokasi yang dituju ialah Hospital Raja Perempuan Zainab II dan surau serta sekolah berhampiran.

Turut bersama ialah Sheikh Zakir daripada Ummah Welfare Trust UK yang turun membantu operasi ABIM kali ini.

Menurut Sekretariat ABIM, pada 2 Jan 2015, seramai 100 orang sukarelawan akan bergerak ke Kuantan untuk membantu di pusat-pusat pemindahan serta kampung sekitar. Di Temerloh pula, seramai 6 orang sukarelawan akan mengagihkan sumbangan 3 tan makanan dan pakaian kepada penduduk sekitar dengan kerjasama belia setempat.

 

abim 2 abim 3 abim 4 abim 5 abim 6 abim

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »