MAJLIS BELIA MALAYSIA

KL Meet 2.0 : MBM dekati penghuni Sekolah Tunas Bakti

KUALA LUMPUR 15 Dis, – Seramai 25 orang terdiri daripada ahli belia dan Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai perlawanan persahabatan bersama penghuni Sekolah Tunas Bakti (STBKL) baru-baru ini. Pasukan STBKL telah berjaya menumpaskan pasukan MBM dengan kemenangan 3-1. Program yang diadakan sempena penganjuran KL Meet 2.0 Komuniti Belia Prihatin sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa […]

KL Meet 2.0 : ‘Grooming Class’ bersama Penghuni Taman Seri Puteri

CHERAS 19 Dis, – Sempena KL Meet 2.0 Program Komuniti Belia Prihatin sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa, Majlis Belia Malaysia (MBM) sekali lagi menyantuni penghuni-penghuni di Pusat Perlindungan Remaja Wanita, Taman Seri Puteri  (TSP) Cheras, Selangor. TSP merupakan tempat perlindungan bagi remaja wanita yang kebanyakannya terlibat dengan kes hamil luar nikah selain pelaku dan mangsa seksual. Kunjungan […]

KL MEET 2.0 : Kelas Bahasa Isyarat Di Pusat Belia Antarabangsa

Cheras 17 Dis –  Bahasa Isyarat Malaysia(BIM) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak di Malaysia. Ia merupakan bahasa ibunda dan bahasa isyarat istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. Dalam Akta OKU 2008, telah dinyatakan bahawa BIM adalah bahasa rasmi bagi komuniti Pekak di Malaysia. Kelas Bahasa Isyarat diadakan anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Belia Antarabangsa […]

KL MEET 2.0 : Ceriakan Harimu Di Rumah Donald McDonald

Cheras 16 Dis – Sempena menyambut Hari Khamis Rumah Donald McDonald (RMHC) dengan kerjasama bersama Majlis Belia Malaysia dan Royal Bank Canada (RBC) adalah sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa yang bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang. Aktiviti ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh wakil pihak RBC Mr. Lachlan Cassidy dan ucapan oleh Pengurus RMHC […]

Translate »