KUALA LUMPUR 22 Julai – Webinar siri ke-3 ‘Bicara Generasi’ bersama Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, mantan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) sesi 2010-2014 telah berlangsung secara maya menerusi platform FB Live MBM.
Bercerita sedikit latar belakang beliau yang bermula sebagai sukarelawan dan kaunselor di IPT, negeri dan kebangsaan sebelum terlibat dengan pertubuhan belia.
Melalui pelbagai rencam dan cabaran pahit getir dalam pergerakan belia sebelum akhirnya diangkat sebagai Presiden MBM pada tahun 2010.
Itulah sebahagian rentetan kisah yang dikongsikan oleh seorang tokoh belia yang disifatkan sangat komited dan berkeyakinan.
Menggunakan tagline ‘penderitaan sahabat kita’ sebagai panduan dalam kepimpinan beliau. Tentunya ada nasihat dan panduan berguna kepada belia dan bakal pemimpin belia antaranya yang disebut perlu ada integriti dalam persatuan belia, jangan bawa emosi dalam kepimpinan dan sebagai pemimpin perlu yakin dengan keupayaan pasukan.
Pesan beliau di akhir bicara, MBM perlu lebih terbuka, MBM perlu mengatasi politik dan mengutamakan organisasi, MBM punya ‘track record’ sejak zaman sebelum merdeka lagi dan ia perlu dipertahankan.
Sesi ini dihoskan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah.