MAJLIS BELIA MALAYSIA

Webinar Kerjaya: Pengurusan Perniagaan Di Era Pandemik

KUALA LUMPUR 19 Jun – Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Webinar Kerjaya: Pengurusan Perniagaan Di Era Pandemik menampilkan Puan Tengku Norhanim Tengku Othman, Pengasas NIMS Chocotub yang telah berjaya membina empayar perniagaan melalui jenama NIMS Chocotub dalam sektor makanan.

Sesi perkongsian ini memberi peluang kepada anak muda mendengar sendiri bagaimana pengalaman dan kejayaan beliau dalam menelusuri bidang perniagaan, rintangan dan cabaran yang dihadapi, kaedah meningkatkan hasil jualan, peluang dan cara menguruskan perniagaan di era pandemik.

Sesi ini dimoderator oleh Sdri. Nurliana Muhammad Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Ekonomi dan Keusahawanan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »