KUALA LUMPUR 18 Jun – Sesi Webinar Bicara OKU Mendepani Cabaran Covid-19 dilaksanakan secara dalam talian dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan Khas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang disertai lebih 100 orang peserta.
Webinar ini mengupas cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU dan keluarga kepada OKU dalam menghadapi cabaran semasa pandemik Covid-19. Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Presiden (penaja) Majlis Belia OKU Malaysia antara panelis jemputan sesi webinar ini untuk berkongsi pandangan dan penerangan.