MAJLIS BELIA MALAYSIA

WAKIL MBM HADIRI BENGKEL PENYEDIAAN PELAN PENGIMARAHAN MASJID WP

PUTRAJAYA 14 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput menghadiri Bengkel Penyediaan Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan (WP) bertempat di The Everly Hotel.

MBM telah diwakili oleh Sdr. Mohd Aliff Mohd Razuki dan Dr. Nurul Syala Abdul Latip daripada Persatuan Belia Masjid Selangor.

Pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya pelaksanaan program jangka masa pendek dan panjang dengan pembahagian kepada lima teras utama iaitu Ibadah, Dakwah, Ekonomi, Pendidikan dan keilmuan serta Sosial, Komuniti dan Alam Sekitar.

Hasil dapatan daripada bengkel tersebut akan diperhalusi sebelum dibukukan untuk direalisasikan di kesemua masjid di Wilayah Persekutuan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »