BAKU 6 Disember – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Matt Ngai baru-baru ini telah mewakili MBM dan ketua perwakilan untuk pasukan Malaysia ke UrbanVisions International Youth Forum pada 6-8 Disember dianjurkan oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan Belia Republik Azerbaijan (NAYORA) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Republik Azerbaijan berlangsung di Baku.
Forum ini merupakan platform di mana golongan muda dari pelbagai negara berkumpul untuk membincangkan perancangan bandar moden, urbanisme dan pembangunan persekitaran yang berpusatkan kemanusiaan.
Beliau yang juga Timbalan Jawatankuasa Khas Kepimpinan MBM telah ditugaskan untuk memberi input kepada projek pembaharuan bandar tertentu di tengah-tengah bandar Baku. Cadangan projek oleh pasukan ini telah diangkat sebagai pemenang dalam sesi pembentangan.
Secara dasarnya program ini memberi ruang dan pendedahan melalui rangkaian belia-belia dari negara yang berbeza yang hadir dengan idea mengenai pembangunan bandar dan mempamerkan kredibiliti kepimpinan.