BUTTERWORTH 14 Mac – Dalam perjalanan pulang ke ibu kota, tim jelajah Jejak Ramadan MBM berkesempatan bertemu kepimpinan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang di Sg Dua dalam suasana keberkatan bulan Ramadan.
Hadir meraikan pimpinan MBM ialah Sdr. Naim Kasin, Setiausaha Agung MBN Pulau Pinang dan beberapa pimpinan MBNPP.
Pertemuan santai ini bertujuan mengeratkan ukhuwah di samping bertanyakan situasi semasa pergerakan belia di peringkat akar umbi.
Turut hadir Presiden MBM, Sdr. Izzat Afifi, Naib Presiden MBM, Sdri. Jessy Ng, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Farhan, Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham, Penolong Setiausaha Agung II MBM, Sdr. Syahmi Shamsudin dan Exco MBM, Sdr. Amirul Safar.






