Pahang | 4 – 6 Julai 2025 – Program Tunas Madani Siri 3 yang berlangsung di Pusat Latihan Kemahiran (PLK) Maran telah berjaya menghimpunkan 72 orang peserta belia dari pelbagai latar belakang dalam usaha memperkasa generasi muda selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Sepanjang tiga hari program, tujuh modul utama berjaya dilaksanakan oleh barisan Trainers TM30 yang diketuai Coach Hasnul Fairuz, dengan fokus kepada pembentukan jati diri, kepimpinan, sahsiah dan semangat patriotisme.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Encik Mohamad Suhail bin Osman, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP). Turut hadir ialah Saudara Kishore Kumar Ayyawoo, Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), yang turut memberikan suntikan semangat kepada para peserta.
Panel Borak TM30 menampilkan tokoh-tokoh belia inspirasi, antaranya Dr. Mohamad Haikal bin Zakaria, Tokoh Belia Negeri Pahang merangkap Pengerusi MBD Maran, yang berkongsi manfaat penglibatan aktif dalam pertubuhan belia.
Turut serta ialah Saudara Mohd Zafril bin Nasir, seorang usahawan berjaya dan Ahli Majlis Daerah Maran, yang berkongsi kisah kepimpinan serta pengalaman beliau dalam dunia perniagaan dan belia. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai mantan Pengerusi MBD Maran, Bendahari MBN Pahang dan Pengerusi MAYC Pahang.
Program ini bukan sahaja memperkukuh nilai kepimpinan, malah menjadi platform strategik membina jaringan belia yang progresif, inklusif dan berdaya saing demi masa depan negara.




















