MAJLIS BELIA MALAYSIA

Tunas Madani 30 X Sekolah Alam: Belia Rasai Pengalaman Luar Biasa di Royal Belum

GERIK 18 Ogos – Alam menjadi guru terbaik buat 25 orang belia peserta dan trainer Tunas Madani 30 (Siri 1–6) apabila mereka menyertai Program Tunas Madani 30 X Sekolah Alam yang berlangsung selama tiga hari dua malam di keindahan Royal Belum Rainforest.

Dengan berlatarkan suasana tenang di atas houseboat, para peserta melalui pelbagai pengalaman berharga yang menguji daya tahan, kreativiti dan semangat kebersamaan.

Eksplorasi Alam – Menyusuri trek Air Terjun Sungai Kooi sambil belajar ilmu hutan, masakan dalam buluh serta membina rakit.


Bengkel Kemahiran – Aktiviti water confident bagi membina keyakinan diri di air.


Sesi Jurnal Alam – Melakar di atas kanvas hasil pemerhatian sepanjang hari, menyatu dengan seni dan keindahan alam.


Sesi Akustika Alam – Suasana malam diterangi bintang apabila bekalan elektrik dipadamkan selama sejam, memberi peluang peserta menghayati keindahan malam hutan tropika.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah segmen Rakan Muda, sebagai usaha memperkukuh jati diri dan semangat belia melalui pendekatan rekreasi dan cinta alam.

Royal Belum bukan sekadar destinasi, tetapi ruang untuk belia belajar, mendengar, dan merasai denyut nadi alam yang sebenar.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »