SEPANG 18 Mei – Seramai 78 anak muda berusia bawah 30 tahun termasuk peserta termuda berumur 19 tahun telah menyertai Siri Pertama Tunas Madani 30 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Mei 2025 di Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu.
Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) ini memberi fokus kepada pembangunan kepimpinan belia sebagai persiapan ke arah transisi kepimpinan generasi baharu.
Sepanjang 3 hari, peserta diberi pendedahan melalui pelbagai pengisian seperti kemahiran memimpin, kenali diri dan serlah potensi, kerja lapangan, riadah santai dan sesi Borak TM30 bersama panelis berpengalaman yang mencetus inspirasi dan semangat juang anak muda.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Sdri. Nuriffah Atiqah, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pembangunan Bakat MBM.
“Terima kasih Akademi Kenegaraan, barisan trainer yang sentiasa ‘on fire’, dan semua peserta yang luar biasa! Anda semua adalah pemimpin masa depan yang kami banggakan!
“Kepimpinan bukan soal usia, tapi keberanian untuk bertindak dan iltizam untuk membawa perubahan.”
Ini baru permulaan!





















































































































