JOHOR BAHRU 6 Sep – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Johor Sidang l Penggal ke-33 sesi 2021-2022 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah telah hadir mewakili YAB Menteri Besar Johor merasmikan seterusnya mempengerusikan persidangan ini.

Beliau dalam ucapannya menyatakan Kerajaan Negeri Johor sentiasa berusaha merancang strategi dan melaksanakan inisiatif yang boleh memberi manfaat kepada golongan belia.

Sebanyak tujuh usul telah dibentang dan dibahas dalam persidangan tersebut. Pemerkasaan Agenda Belia Berpersatuan diangkat supaya persatuan belia terus relevan dan menjadi suara utama dalam menjayakan agenda pembangunan belia di Johor.

Penolong Bendahari Kehormat Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohamad Iqmal Mahadi telah hadir mewakili MBM ke persidangan ini.

Turut hadir YB Dato’ Haji On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor; Sdr. Mohammad Fadzli Hasan, Pengerusi Tetap MBM merangkap Presiden Majlis Belia Felda Malaysia; Haji Md. Salleheen Mohamad Presiden Majlis Belia Negeri Johor serta kepimpinan MBNJ.

Leave a Reply

Translate »