MAJLIS BELIA MALAYSIA

TERIMA KASIH TAN SRI MOHAMAD ARIFF, SELAMAT BERTUGAS DATUK AZHAR

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyampaikan ucapan terima kasih kepada YB Tan Sri Datoā€™ Mohamad Ariff Md Yusoff yang telah menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat kesembilan. Tan Sri telah mengemudi Dewan Rakyat ketika pergolakan dan ketidaktentuan yang meninggi dalam politik negara. Tan Sri akan sentiasa diingati sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang cuba membawa perubahan di dalam sistem Parlimen, dan cuba mengangkat Parlimen di kedudukan yang sepatutnya. Keterbukaan Tan Sri semasa mengemudi Parlimen terbukti dengan kesediaan Parlimen bekerjasama dengan MBM untuk program-program MBM seperti Sekolah Politik yang pernah diadakan di Parlimen dan Model Parlimen Malaysia yang dirancangkan bakal dilaksanakan.

MBM juga mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang Dipertua Dewan Rakyat kesepuluh dan YB Datoā€™ Seri Azalina Othman Said, sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

MBM berharap agar Agenda Reformasi Parlimen yang dibawa oleh YB Tan Sri Mohamad Ariff diteruskan oleh YB Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu. Pemerkasaan Parlimen tidak seharusnya berubah dek kerana perubahan iklim politik negara kerana demokrasi hanya dapat berjalan sekiranya Parlimen dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Pelantikan YB Datoā€™ Seri Azalina Othman Said juga satu perubahan yang baik di dalam Dewan Rakyat pada kali ini, dan menandakan penghargaan kepada peranan kepimpinan wanita di dalam Parlimen Malaysia.

MBM juga berharap agar hubungan baik antara Parlimen Malaysia dan MBM dapat diteruskan dan dikekalkan. MBM sedia membantu Parlimen Malaysia di dalam mendidik anak muda akan kepentingan Parlimen di dalam sistem demokrasi negara dan sedia memberi sumbang saran kepada tambah baik Parlimen Malaysia. Ini termasuklah meneruskan idea mewujudkan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) bagi Pembangunan Belia seperti yang dicadangkan oleh MBM pada 18 Mei 2020 yang lalu.

Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada khidmat bakti YB Tan Sri Datoā€™ Mohamad Ariff dan selamat bertugas kepada YB Datuk Azhar Azizan Harun.

MOHD IZZAT AFIFI HJ ABDUL HAMID

Naib Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 13 Julai 2020

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »