MAJLIS BELIA MALAYSIA

Tawaran kerjasama bidang keusahawanan melalui tawaran perniagaan runcit

KUALA LUMPUR 17 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dikunjungi Team Smart Biz Intan Niaga melalui Pengarah Urusannya, Encik Mohd Rimie Ismail dan Pengarah Urusan Wave Energy Water Sdn Bhd bagi menawarkan kerjasama dalam bidang keusahawanan melalui tawaran perniagaan runcit.

MBM melihat model perniagaan yang ditawarkan adalah sangat bagus terutama dalam menjana kewangan melalui bidang perniagaan runcit. Melalui konsep pegang pengguna atau kedai tersebut mempunyai pelanggan tetap yang akan berbelanja di kedai runcit yang disediakan.

MBM yang diwakili Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah menerima kunjungan dan mendengar sendiri taklimat program kerjasama yang ditawarkan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »