KUALA LUMPUR 17 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Perbincangan menjurus ke arah menghadapi cabaran ekonomi dan pengangguran belia pasca Covid-19.
Hasil perbincangan, Exco MBM bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Tindakan Ekonomi MBM sebagai taskforce bagi memfokuskan menangani isu yang amat genting ketika ini.
Sesi perbincangan ini diketuai oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha.