MAJLIS BELIA MALAYSIA

Taklimat SPN bersama majlis-majlis belia daerah (MBD) seluruh negeri

KUALA LUMPUR 23 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan taklimat Skim Perantisan Nasional (SPN) bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada majlis-majlis belia daerah (MBD) seluruh negeri.

Sesi ini dihoskan oleh Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM. Ucapan aluan disampaikan oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM sebelum sesi taklimat oleh pegawai KBS.

SPN diwujudkan bagi memberi ruang pekerjaan kepada belia khusnya yang tidak bekerja dan telah tamat pelajaran. KBS dan MBM telah bekerjasama dengan mewujudkan Felo NGO didalam program SPN ini dengan tujuan memberi latihan dan pendedahan kepada belia mengenai gerak kerja NGO pertubuhan belia, di samping memperkasakan pertubuhan belia untuk terus maju kehadapan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »