KUALA LUMPUR 1 Nov – Telah berlangsung sesi taklimat dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) bertempat di Majlis Sukan Negara.
Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) mewakili MBM membincangkan Pelan Strategik Pembangunan Belia 2050 dan beberapa perkara yang berkaitan dengan belia.
Sesi taklimat ini adalah persediaan sebelum semua syor-syor diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia yang akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi pada minggu hadapan.
Turut sama YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan pengurusan kanan kementerian.