DALAM TALIAN 3 Nov – Telah berlangsung Taklimat Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Virtual 2021 yang akan dilaksanakan sepanjang November 2021.
Taklimat disampaikan oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) dan disertai oleh setiausaha-setiausaha badan gabungan MBM.
Kursus ini akan dilaksanakan oleh semua 40 badan gabungan MBM bersama Majlis Belia Daerah dan komuniti belia terpilih bagi memantapkan profesionalisme pengurusan dan pentadbiran pertubuhan belia di peringkat akar umbi.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara.