MAJLIS BELIA MALAYSIA

Tahniah Kepimpinan MBS sesi 2025-2027

KOTA KINABALU 30 Dis – Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. Jessy Ng Chor Eng telah hadir mewakili Presiden MBM ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Sabah (MBS) kali ke-28 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

Majlis disempurnakan oleh Puan Salmiah Salleh, Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah.

MBM mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu MBS dan berharap agar kepimpinan ini terus memperkasa peranan belia Sabah, menyatukan suara generasi muda ke arah pembangunan yang lebih progresif, inklusif dan berimpak.

Belia bukan sekadar pelengkap demokrasi, belia adalah pemacu perubahan.

Menggerak Belia!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »