MAJLIS BELIA MALAYSIA

Suntikan baru hubungan diplomatik Arab Saudi dan Malaysia

KAJANG 16 Mac – WAMY Malaysia telah menganjurkan Forum Hubungan Dua Hala Arab Saudi – Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) baru-baru ini yang dihadiri oleh anggota panel; Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM, Ustaz Mohamad Razif Mohamad Fuad, Setiausaha Akhbar Menteri Hal Agama, Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Sdr. Ahmad Farhan Rosli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Hasil perbincangan mencadangkan beberapa perkara;

1) Meningkatkan kelangsungan hubungan baik ini melalui pendekatan NGO to NGO bukan sekadar G to G bahkan jika dapat diperluaskan kepada People to people juga;

2) Penubuhan Majlis Persaudaraan Belia Malaysia dan Arab Saudi dalam rangka pertukaran kefahaman, budaya dan idea-idea inovasi yang memberikan faedah kepada perkembangan Islam;

3) Menggalakkan lebih banyak dialog, pertukaran fikiran antara golongan al-syabab al-muslimin bagi memaksimumkan persamaan dan meminimumkan perbezaan;

4) WAMY Malaysia bersedia menjadi mediator dan fasilitator bagi tujuan ini.

MBM juga merupakan rakan strategik utama bagi WAMY di Malaysia yang bersedia bersama dalam usaha ini.

Forum ini diadakan susulan lawatan diplomatik YAB Perdana Menteri Malaysia ke Arab Saudi baru-baru ini dalam menzahirkan manifestasi kehangatan hubungan kedua-dua negara yang memasuki fasa baru.

Rakaman penuh Forum boleh disaksikan dipautan berikut:

https://www.facebook.com/wamy.m/videos/273304554322801/

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »