MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Sampaikan Sumbangan #Projectunderwear Di Kedah

Kedah | 7 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah turut serta dalam Misi Bantuan Pasca Banjir Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah bersama dengan NGO bertempat di Taman Tabung Haji, Kubang Pasu.

Aktiviti pembersihan dalam misi ini telah dibantu oleh Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Dalam misi tersebut juga, MBM telah menyerahkan sebanyak 500 kit #Projectunderwear kepada Majlis Belia Negeri Kedah-MBNK yang ketuai oleh Presidenya Sdr. Amir Murshidi

Kit sumbangan #projectunderwear berupa pakaian dalam dan tuala wanita, seluar dalam lelaki dan set ubat gigi yang diserah tersebut, akan diagihkan kepada mangsa banjir yang terkesan khususnya kawasan yang mengalami banjir yang teruk di Kedah.

Terima kasih kepada penaja Libresse, @zaitun.official dan para penyumbang yang telah membantu dalam #projectunderwear ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »