LABUAN 10 Nov – Sukan Perpaduan Labuan 2024 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Majlis Belia Malaysia (MBM) turut menghantar wakil menyertai program ini.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan pada hari kedua bersama program #JomGegarLabuan yang diisi dengan Pertandingan Sukan Rakyat Perpaduan MADANI.
Pada sebelah malam, pertandingan bagi sukan petanque, bola jaring, dan bola sepak diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Labuan.
Antara Exco MBM yang terlibat adalah Sdri. Jessy Ng, Dr. Mohd.Fauzi B Fadzil dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi
Turut sama hadir kepimpinan belia dari Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dan Majlis Belia Labuan.
Program ini telah membuka ruang interaksi yang sihat dan positif, serta berjaya menyemai nilai perpaduan MADANI dalam kalangan peserta.
Terima kasih pengurusan KBSMalaysia atas undangan ke program ini.