MAJLIS BELIA MALAYSIA

Siri Khas Webinar Sempena Ulang Tahun MBM ke-73 bersama mantan Presiden MBM sesi 1994 – 1998

KUALA LUMPUR 23 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) membawakan satu lagi siri khas webinar Bicara Generasi bersama Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, mantan Presiden MBM sesi 1994 – 1998 sempena Ulang Tahun MBM ke-73.

Berlangsung di platform Facebook live MBM, sesi ini dihoskan oleh Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM.

Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim juga merupakan mantan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung – GPMS dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta, Pahang dan terkini Pengerusi Persatuan Alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia. Pernah dilantik setiausaha politik kepada Perdana Menteri ke-5 dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita.

Anak jati Kuala Lipis ini menyoroti kisah dan pengalaman beliau mengemudi MBM pada era yang agak mencabar antaranya pergolakan politik Negara dan kemelesetan ekonomi dunia serta kesannya kepada MBM.

Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku semasa sesi ini ialah ;

  • Pelancaran Kelab MBM di IPT bertujuan membantu pilihan raya kampus;
  • Mewujudkan Desa Wawasan Belia di Lipis (Membina 46 buah rumah secara gotong royong untuk golongan asnaf sebagai usaha membasmi kemiskinan);
  • Menubuhkan Majlis Belia Sabah;
  • Sambutan 50 Tahun MBM yang dihadiri oleh SPB Yang Dipertuan Agong;
  • Pelancaran MBM10 sebagai blueprint pertubuhan belia untuk tempoh 10 tahun mendatang;
  • Membina bangunan Wisma MBM yang kini menjadi pejabat rasmi MBM di Bandar Tun Razak;
  • Penciptaan lagu ‘Bela Negara’ sebelum diangkat kepada Kementerian Belia dan Sukan sebagai inisiatif sokongan kempen bantu pulihkan ekonomi Negara ketika itu

Pesanan akhir beliau ‘MBM adalah wadah sebuah perjuangan, sumbangannya amat besar kepada Negara, harus dijaga dan jangan dikorbankan’.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »