MAJLIS BELIA MALAYSIA

Siri Imarah OKU Ramadhan 2025 dan Majlis Iftar Perdana Bersama OKU 2025

BANGI 15 Mac – Ribuan terima kasih kepada Yayasan Maghfirah, Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta kepimpinan Majlis Belia OKU Malaysia yang berganding bahu menjayakan program Iftar Perdana Bersama OKU 2025 di UKM Bangi.

Majlis ini menghimpunkan 170 orang OKU bersama penjaga mereka yang terdiri daripada pelajar OKU, Mahasiswa OKU, Belia OKU dan ahli keluarga dari NGO Spinal Muscular Atrophy Malaysia (SMAM).

Majlis iftar turut dihadiri Puan Asya Rahman, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Puan Siti Nor Mariam, COO Yayasan Maghfirah, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Presiden MBOKU dan Pendaftar UKM, Haji Zainudin.

Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Belia OKU Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »