SEREMBAN 11 Nov – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun hari ini telah hadir mewakili Presiden MBM ke Simposium Profesionalisme Kerja Belia Tahun 2024 anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBM) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) bertempat di Hotel Palm Seremban.
Ketua Pengarah JBSNegara, Puan Azura Bidin semasa menyampaikan ucapan perasmian program ini berkata, “program yang julung kali diadakan ini mensasarkan 9 juta belia di bawah 30 tahun melalui penekanan kerja belia dalam pembangunan melalui kriteria pekerja belia yang mempunyai integriti, nilai-nilai murni selain kesihatan mental yang baik”.
“Kementerian turut memberi penekanan kepentingan pembangunan belia selain sukan, ini merupakan siri pertama, bermakna akan ada siri kedua dan seterusnya”, ujar beliau.
Esok pula, Presiden MBM akan menghadiri Majlis Pentauliahan yang disampaikan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Hadir sama Encik Mohd Hazan Dahari, Pengarah APBM Port Dickson.