KUALA LUMPUR | 2 Disember 2025 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang II, Penggal 35, Sesi 2025 – 2026 yang dihadiri seramai 142 orang telah selamat bersidang dengan jayanya di Pusat Belia Antarabangsa.
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan seterusnya mempengerusikan persidangan. Sebanyak tiga usul diangkat dan dibahaskan oleh ahli persidangan iaitu sistem aduan antibuli, program kepimpinan belia dan masalah sosial serta kesihatan belia.
Termaktub di bawah Akta 668, MPBN merupakan sesi libat urus dan persidangan intelektual melibatkan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan dengan wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan.
Turut hadir Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBSMalaysia; YB Exco Belia dan Sukan Negeri-Negeri; Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; Sdr. Muhammad Naim Al Amin, Pengerusi Tetap MBM; Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM; Pengarah JBSN Negeri-negeri, Wakil Agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan; Ahli Exco MBM dan pemimpin badan gabungan MBM.
Terima kasih Jawatankuasa Pelaksana MPBN serta semua pihak yang menjayakan persidangan ini.



















