MAJLIS BELIA MALAYSIA

SIDANG MEJA BULAT: “BELIA TAHFIZ DALAM ARUS PEMBANGUNAN BELIA NEGARA”

KUALA LUMPUR 30 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) berusaha bersama-sama Pertubuhan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Pertubuhan Institusi Tahfiz Al-Quran (PINTA) dan Permata Al-Quran Yayasan Addin dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar dapat mengarusperdana belia tahfiz ke arah pembangunan belia tahfiz.

Sidang dipengerusikan Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM ini bertujuan melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam kalangan masyarakat Islam khususnya belia untuk memimpin dan mengurus negara dengan baik.

Turut serta dalam perbincangan ini Encik Mohd Hazan Dahari, Timbalan Pengarah Cawangan Bahagian Pembangunan Sosial KBS, Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani wakil Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohd Hakimi Mat Husin, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Pembangunan Manusia Gejala Sosial dan Dadah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »