Kuala Lumpur | 3 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Sidang Media berkaitan “Al Oppotunity Southeast Asia Forum“ oleh Asean Foundation bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.
Hadir menyampaikan ucapan dalam sidang media tersebut Mo Ahdiar Syaifan (Steps Media Asia).
Beliau dalam pembentangan tersebut telah menerangkan mengenai fungsi dan kepentingan kemahiran AI melalui program AI Ready ASEAN.
Inisiatif AI Ready ASEAN dijangka berlangsung selama dua setengah tahun dan akan melatih 2,000 jurulatih utama yang seterusnya melatih 800,000 pelatih, memberi manfaat kepada 5.5 juta penduduk di seluruh ASEAN.