MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sidang Kemuncak Belia SDG Malaysia-ASEAN 2025 Perkasa Peranan Belia Serantau

Manila, Filipina | 28 & 29 April 2025 – Delegasi Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah menyertai Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Belia ke-14 (SOMY XIV) yang berlangsung di Manila.

Turut serta dalam delegasi ialah Puan Azura Abidin; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Ahmad Faedzal Md Ramli; Setiausaha Bahagian Antarabangsa dan Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

SOMY XIV yang dipengerusikan oleh Filipina menumpukan kepada penilaian ASEAN Work Plan on Youth 2021–2025, persediaan kerangka pasca 2025 serta pengukuhan kerjasama serantau dalam pembangunan belia.

Malaysia turut membentangkan inisiatif belia sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, selain mengadakan pertemuan dua hala bersama Majlis Belia Kebangsaan Singapura dan Pejabat Kabinet Jepun bagi membincangkan kerjasama program belia termasuk SSEAYP.

Delegasi negara juga menyertai Mesyuarat SOMY+3 bersama Jepun, China dan Korea Selatan yang memberi tumpuan kepada strategi pembangunan belia dan perluasan inisiatif kolaboratif antara ASEAN dan rakan luar.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »