BANDA HILIR 24 Mei – Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) yang masuk siri ke-123 telah bersidang dengan lancarnya hari ini di Imperial Heritage, Banda Hilir.
Mesyuarat ini dihadiri ahli-ahli Dewan Tertinggi terdiri daripada pimpinan badan-badan gabungan MBM.
Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan.
Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan barisan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM.
Agenda persidangan memfokuskan kepada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Melaka serta beberapa isu berbangkit.