MAJLIS BELIA MALAYSIA

SESI PERJUMPAAN PENDAFTAR PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA (ROY), KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN BERSAMA KOORDINATOR BELIA, SUKARELAWAN SOKONGAN OKU DAN BELIA OKU MBM

PUTRAJAYA 19 Jun – Sesi perjumpaan Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (ROY) bersama Koordinator Belia, Sukarelawan Sokongan OKU dan Belia OKU Majlis Belia Malaysia (MBM) telah berlangsung bagi membincangkan penubuhan Majlis Belia OKU.

Semoga usaha ini dapat membantu lebih ramai penglibatan belia Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam bepersatuan. Turut hadir Cik Zoel daripada Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Pendaftar ROY, Encik Badari Awang Damit menyokong sepenuhnya penubuhan Majlis Belia OKU dan pihak ROY akan membantu membidani penubuhan Majlis Belia OKU.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »