MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus Kajian Pasca Pilihan Raya Ke-15

SERDANG 29 Julai – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun hari ini telah hadir mewakili MBM ke Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus Kajian Pasca Pilihan Raya Ke-15 anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) bertempat di UPM Serdang.

Tujuan utama kajian ini adalah bagi menyediakan syor penambahbaikan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia pada masa hadapan.

IPSAS merupakan institut kajian yang terkehadapan dalam bidang kajian kesejahteraan masyarakat Malaysia khususnya belia.

Program turut dihadiri oleh Pengarah IPSAS, Prof. Dr. Haslinda Abdullah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »