KUALA LUMPUR 30 Jun – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah mengadakan sesi perbincangan bersama Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) berkenaan perkembangan beberapa projek ekonomi MBM dan progres Jawatankuasa Tindakan Ekonomi MBM (JAKTEM) menangani isu pekerjaan pasca Covid-19.
Hadir sama Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed merangkap Pengerusi MFREN dan Sdri. Nurliana Mohamad, Timbalan Pengerusi MFREN.