MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi Konsultasi Wawasan Anak Muda

PUTRAJAYA 13 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang sebagai panel dalam siri konsultasi rakyat untuk mendapatkan pandangan akar umbi dalam usaha membangunkan polisi dan wawasan masa depan negara, dapatan daripada program konsultasi ini akan dijadikan kertas polisi wawasan yang akan menjadi panduan ke hadapan.

Siri konsultasi ini melibatkan kluster belia, terdapat 24 kluster yang akan turut dilibatkan dalam siri konsultasi seterusnya dengan fokus terhadap kumpulan masyarakat yang berlainan.

Sesi konsultasi pada malam ini telah disertai oleh 12 orang peserta yang mewakili beberapa kumpulan belia seperti MBM, PKPIM, Kesatuan Mahasiswa UIAM, E-Sport, Parlimen Belia, Belia Harmoni dan Ansara.

Sesi konsultasi tersebut telah dipengerusikan oleh Datuk M Nizam Mahshar (Pengerusi, Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa dan Penyelidikan untuk Kelestarian).

Beberapa topik telah dicadangkan oleh wakil-wakil yang terlibat dengan konsultasi ini seperti isu korupsi, identiti negara bangsa, politik kampus, kemiskinan haid, kelestarian polisi, pengangguran, gangguan seksual, ekonomi gig, gaji setimpal dan e-sport.

MBM diwakili oleh Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Felo Penyelidik MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »