MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi Jalinan Ahli Gabungan CSO–SDG Malaysia (MCSA) Perkukuh Kerjasama Serantau dan Libat Urus Ahli

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2025 – Sesi Jalinan Ahli Gabungan CSO–SDG Malaysia (MCSA) yang berlangsung secara dalam talian hari ini menghimpunkan organisasi masyarakat sivil dari seluruh negara dalam usaha memperkukuh tindakan kolektif ke arah pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia.

Program ini turut melibatkan penyertaan Saudara Eow Shiang Yen, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), di samping kehadiran dua tokoh utama MCSA, iaitu Dato’ Indrani Thuraisingam dan Omna Sreeni-Ong, selaku Pengerusi Bersama MCSA.

Sesi tersebut memberi tumpuan kepada beberapa perkembangan penting dalam memperkukuh jaringan CSO di peringkat nasional dan serantau. Antara intipati perbincangan utama termasuk:

1. Memahami Perkembangan Terkini MCSA

Para peserta dibentangkan dengan maklumat dan kemas kini mengenai inisiatif serta program terbaharu di bawah Malaysian CSO–SDG Alliance. Ini termasuk hala tuju organisasi, usaha penyelarasan antara CSO serta peranan strategik MCSA dalam menyokong pelaksanaan SDG di Malaysia.

2. Mengukuhkan Rangkaian Serantau

Sesi turut menjelaskan peranan tiga Pengerusi Serantau — Semenanjung, Sabah dan Sarawak — yang memainkan fungsi penting dalam menyelaras tindakan dan memperkukuh kerjasama antara CSO di setiap zon. Pendekatan serantau ini dilihat sebagai elemen penting untuk memastikan suara dan keperluan komuniti setempat diintegrasikan dalam perbincangan nasional.

3. Meningkatkan Penglibatan Ahli

Para peserta turut diberikan pencerahan mengenai peluang penglibatan yang lebih aktif dalam aktiviti dan agenda bersama. Antara yang digariskan ialah penyertaan dalam program pembangunan kapasiti, sumbang saran dasar, serta kolaborasi rentas organisasi bagi memperkukuh ekosistem CSO di Malaysia.

Sesi Jalinan Ahli Gabungan CSO–SDG Malaysia kali ini berjaya menyediakan ruang untuk perkongsian maklumat, membina rangkaian lebih kukuh dan merancang tindakan bersama ke arah mempercepat pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan di negara ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »