Selangor | 14 – 15 Disember – Telah berlangsungnya Sekolah Sukarelawan MYVOC Edisi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Pusat Latihan Yayasan Dakhwah Islamiah Malaysia (YADIM), Hulu Langat.
Program diadakan selama dua hari satu malam dengan fokus programnya berbentuk bengkel kemahiran diri, asas menyelamat dan persiapan menyertai mana-mana sukarelawan bantuan bencana.
Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dari pelbagai universiti dan kolej dibawah gabungan dan cawangan PKPIM telah menyertai program ini.
Antara slot yang dikongsikan ialah asas pertolongan cemas, pengendalian radio amatur, simulasi dan tatacara pengurusan bencana, bantuan sokongan OKU dan bantuan psikologi dan Water , Sanitation & Hygiene (WASH).
Perkongisan slot telah disampaikan oleh Global Peace Mission (GPM) Malaysia,Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Rahmah Support Team -RST dan Malaysian Amateur Radio Transmitters Society (MART).
Majlis perasmian penutup dan penyerahan sijil telah disampaikan oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM).
Turut serta Timbalan Presiden PKPIM, Sdr. Hakim Azman dan Pengarah Program Sdri. Hajar Fikriah.
Usaha ini merupakan sebuah inisiatif di bawah Rakan Muda segmen Rakan Prihatin bertujuan memberi pendedahan kepada sukarelawan belia berkaitan mekanisme pengurusan sesuatu bencana khususnya pada musim Monsun Timur Laut yang melanda negara.
Tahniah kepada PKPIM dan semua peserta semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat dari program ini seterusnya boleh dipraktikkan kepada masyarakat di luar sana.