KUALA LUMPUR 15 Dis – Seramai 30 orang belia telah menyertai program Sekolah Sukarelawan Komuniti Belia Malaysia (MYVOC) Edisi JCI Malaysia (JCIM) yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa di sini.
Program dua hari ini berbentuk bengkel asas kepada peserta sebagai nilai tambah kemahiran diri dan persiapan dalam menyertai mana-mana misi sukarelawan bantuan bencana.
Antara slot yang dikongsikan ialah asas pertolongan cemas, pengendalian radio amatur, simulasi dan tatacara pengurusan bencana, bantuan sokongan OKU dan bantuan psikologi dan Water, Sanitation & Hygiene (WASH).
Penceramah yang terlibat daripada Rahmah Support Team -RST, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA), Persatuan Kebajikan Radio Amatur Ukhwah, St. John Ambulance of Malaysia dan Majlis Belia OKU Malaysia.
Dengan langkah-langkah ini, MYVOC Malaysian Youth Volunteer Community berusaha untuk membentuk komuniti yang lebih bersedia dan responsif dalam menghadapi sebarang situasi bencana.
Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali.
Terdahulu peserta-peserta membentangkan hasil pelan tindakan bencana pertubuhan yang dipelajari selama dua hari ini sambil dinilai oleh tetamu jemputan.
Turut hadir Sdr. Bruce Ban Jia Zhi, Presiden JCIM.
Tahniah kepada JCIM dan semua peserta semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat dari program ini seterusnya boleh dipraktikkan kepada masyarakat di luar sana.