MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sekolah Politik 2.0 dijangka dilaksanakan pada Mac 2021

KUALA LUMPUR 6 Feb – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengendalikan mesyuarat persiapan program Sekolah Politik MBM 2.0 yang bakal dilaksanakan secara dalam talian mulai Mac 2021.

Ia merupakan inisiatif siri ke-2 bagi memberikan pendidikan demokrasi kepada belia serta mempersiapkan pemimpin muda menjadi pemimpin politik yang baik dan bersifat negarawan.

Inisiatif yang mendapat sokongan penuh dari Kementerian Belia dan Sukan. Usaha ini juga bagi menangani isu #Undi18 iaitu mendidik pengundi muda mengundi dengan matang dan rasional.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »