MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sekolah Alam semarak kesukarelaan dalam diri belia siswa

DENGKIL 8 Disember – “Setiap sukarelawan yang bertugas misi bantuan bencana perlu punyai ilmu kemahiran”. – Encik Faris, NADMA

“Pengalaman yang banyak adalah apabila kita berada dilapangan. Keluarlah dari bilik kuliah untuk menyuburkan potensi diri”. – Dr. Wan Hazwan, YSS

Seramai 100 orang belia mahasiswa daripada institusi pendidikan tinggi dari seluruh negara telah menjayakan program Sekolah Alam di Gamuda Cove, Dengkil.

Sekolah Alam hari kedua diisi dengan sesi taklimat dan perkongsian berkenaan pengurusan bencana dan kerja sukarela daripada Encik Muhamad Faris, Pegawai Seksyen Pembangunan Sosial dan Komuniti Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) dan Dr. Wan Ahmad Hazman, Pengarah Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

Penutup program dilakukan oleh Sdr. Ibnu Isa, Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama KBSMalaysia melalui Rakan Muda – Rakan Prihatin dan Liga Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung – Rasmi sebagai ko-ordinator.

Turut hadir Sdr. Firdaus Baharuddin, Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan. Semoga adik-adik mendapat suntikan semangat baru dalam menyemarakkan kesukarelaan sama ada diri sendiri mahupun orang lain.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »