MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sekolah Alam & Retreat Strategik Penerangan MBM

GERIK 7 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Penerangan, Penerbitan & Media telah menganjurkan Sekolah Alam X Retreat Strategik Ketua Penerangan Badan-Badan Gabungan MBM di Hutan Negeri Royal Belum Rainforest dengan penyertaan seramai 34 orang belia dari seluruh negara.

Program selama tiga hari ini memberikan pengalaman unik di atas houseboat sambil menguji daya tahan, kreativiti serta semangat kebersamaan peserta. Antara pengisian utama termasuk Bengkel Media (Mobilegraphy & Vlogging, Media Journalism & Creative Writing bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, serta Komunikasi Media), Eksplorasi Alam (Trekking Sira Papan, Demo Masakan Sakai & Air Terjun), selain aktiviti mencabar diri seperti waterconfident.

Program ini dikendalikan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin bersama Penolongnya, Sdr. Kishore Kumar.

Turut serta wakil Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Norsuzila Ernie yang berperanan sebagai rakan strategik MBM dalam pelaksanaan program ini.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) juga turut hadir membentangkan peluang peningkatan kemahiran industri bagi memperkukuh kebolehpasaran kerjaya belia.

Hasil daripada program ini, beberapa cadangan telah dirumuskan termasuk mewujudkan profil badan gabungan, memperkukuh peranan Ketua Penerangan, serta merancang pelaksanaan Konvensyen Ketua-Ketua Penerangan MBM pada masa akan datang.

Program ini bukan sahaja memperkukuh jaringan Ketua Penerangan, malah turut meningkatkan kemahiran media, komunikasi dan advokasi belia sejajar dengan peranan strategik MBM di peringkat nasional.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »