MAJLIS BELIA MALAYSIA

Segmen Laman Wanita Inspired Radiant in Self (IRiS) @ Sambutan 7 Dekad MBM

Bangi 24 Jul – Segmen Laman Wanita IRIS merupakan medium pengembangan bakat dan potensi wanita melalui pelbagai aktiviti menarik. Menerusi Laman Wanita IRiS yang diwujudkan sebagai satu lorong atau kawasan khas bagi aktiviti wanita dan kekeluargaan semasa Sambutan 7 Dekad MBM.

Laman Wanita IRiS ini telah dijayakan dengan kerjasama ABIM Bangi, Kraftangan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Pembangunan Ekonomi Orang Buta, LPPKN Selangor, dan Sewing World Gallery.

Program yang berjalan selama 2 hari ini berlangsung yang berlangsung pada 22 hingga 23 Julai 2018 di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi Selangor. telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari ahli pertubuhan belia, masyarakat setempat, dan pelajar sekolah yang berkunjung.

Antara aktiviti yang diadakan ialah:

Book Corner – Jualan buku kanak-kanak, remaja, dan dewasa selain aktiviti interaktif seperti tulisan jawi dan Dr Buku. Dr Buku memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui cara-cara membaikpulih buku yang hampir rosak. Sesi ini dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman Kraftangan – Pengunjung berpeluang mempelajari teknik mencanting batik bermula dari proses melukis, mencanting, seterusnya mewarna dibantu oleh kakitangan Kraftangan Malaysia.

Laman Jahitan Kreatif – 10 mesin jahit disediakan bagi pengunjung mempelajari cara membuat bekas telefon bimbit dengan tunjuk ajar dari tanaga pengajar Sewing World Gallery.

Laman Usahawan – Terdapat ruang usahawan yang disediakan bagi jualan dan perkhidmatan seperti urutan kaki, manicure, henna, dan make up. Selain itu, pengunjung juga berpeluang membeli barang kraftangan rotan dari usahawan OKU penglihatan.

Parenting Talk – Sesi bersama Pakar Terapi Pediatrik, Pn Maryam Jamadi berkongsi tentang ‘Segalanya Bermula di Rumah’. Ibu bapa yang hadir dapat mempelajari teknik penjagaan dan pengembangan bakat anak-anak bermula dari usia kecil. Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak mengehadkan aktiviti anak-anak supaya tidak mengganggu tumbesarannya.

Pemeriksaan Kesihatan – Turut disediakan sesi pemeriksaan kesihatan seperti Body Mass Index (BMI), tekanan darah, dan kolestrol. Turut diselitkan adalah ujian tahap stress. Sesi ini dikendalikan oleh LPPKN Negeri Selangor.

Sesi Perkongsian Tokoh – Sesi 2 jam bersama Dr Robiah K Hamzah, mantan exco MBM merangkap penceramah terkenal yang berkongsi tentang jatuh bangunnya dalam pertubuhan belia. Beliau turut berkongsi tentang semangat kesukarelaan yang perlu ada dalam diri anak muda bagi membangunkan masyarakat yang seimbang jiwanya.

Klinik Solekan – Instruktor khas dijemput bagi memberi pendedahan tentang teknik solekan menghadiri temu duga. Seramai 30 orang peserta yang menyertai turut mendapat kit make up sebagai cenderamata.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »