MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sasaran kumpul satu juta belia

KUALA LUMPUR 24 Mei – Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan kira-kira sejuta belia dari seluruh negara akan menghadiri sambutan Hari Belia Negara 2011 yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Timbalan Menterinya, Senator Gan Ping Sieu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan sambutan berkenaan pada pukul 4.30 petang, Sabtu ini.

“Sambutan Hari Belia Negara 2011 dijangka berlangsung cukup meriah dengan puluhan ribu pengunjung membanjiri lokasi-lokasi program di sekitar Putrajaya.

“Kira-kira 220 acara dan aktiviti menanti pengunjung sempena sambutan itu antaranya pameran hartanah, perhiasan, komputer, pelaburan dan pekerjaan,” katanya dalam sidang akhbar mengenai sambutan itu hari ini.

Beliau memberitahu, untuk merancakkan lagi sambutan, kumpulan Super Junior akan membuat persembahan bagi menghiburkan pengunjung.

“Pengunjung juga boleh menikmati persembahan gendang 24 musim oleh melibatkan 218 buah gendang yang dipalu oleh 288 orang yang akan mencatat rekod baru dalam Malaysia Book of Records,” katanya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »