MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sambutan HBN 2023 Peringkat Wilayah Persekutuan berlangsung meriah

KUALA LUMPUR 16 Julai – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2023 Peringkat Wilayah Persekutuan telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak.

Majlis perasmian disempurnakan oleh isteri YAB Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada para pemenang.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Syed Osman Mohamed hadir mewakili Presiden MBM ke majlis ini.

Bertemakan “Ini Masa Kita”, penganjuran tahun ini padat dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik seperti sukan dan rekreasi, persembahan pentas, pameran dan jualan usahawan belia, perkongsian pengalaman dan banyak lagi.

Tahniah kepada penerima anugerah serta Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan semua yang menjayakan sambutan ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Puan Ramona Mohd Razali; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Mohd Azhari Mohamad dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Encik Asmori Sa’ahari.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »