MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Perlis

KUALA PERLIS 18 Mei – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) ditemani Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM telah hadir ke Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Perlis semalam.

Sambutan HBN yang diadakan di Dataran Lok9, Kuala Perlis ini diisi dengan pelbagai aktiviti untuk anak muda seperti e-sukan, forum usahawan belia, plogging, gunting rambut, aerodance, busking dan banyak lagi aktiviti yang berorientasikan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.

Sambutan HBN Negeri Perlis bermula semalam sehingga hari ini, 19 Mei 2024 menyaksikan DYTM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail hadir merasmikan sambutan tersebut.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; YAB Menteri Besar Perlis, YAB Mohd Shukri Ramli; Exco Belia dan Sukan Negeri, YB Wan Zikri Afthar Ishak; Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis, Sdr. Izan Asmawi Habidan; Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis dan kepimpinan MBN Perlis.

Tahniah belia-belia Perlis!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »