JOHOR BAHRU 30 Sep – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2023 Peringkat Negeri Johor telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya bertempat di Tengku Mahkota Ismail Youth Centre, Johor Bahru.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Hairi Md Shah, Pengerusi Jawatankuasa Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor mewakili YAB Menteri Besar Johor.
Hadir sama Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor; Encik Samshuhaimie Basir, Presiden Majlis Belia Negeri Johor, YB Aznan Tamim; Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Suhaimi dan kepimpinan MBN Johor.
Ribuan anak muda membanjiri TMIYC dari awal pagi dengan pelbagai pengisian.
Turut berlangsung majlis penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Negeri Johor.
Tahniah dan syabas anak muda Johor!