KUALA LUMPUR 30 Oktober – Perdana Menteri, YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob hadir menyempurnakan Sambutan Hari Belia Negara 2021 yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah di Hotel Grand Hyatt di sini.
Dalam ucapan sulungnya merasmikan Hari Belia Negara beliau berkata, “jawatan pertama sandang dalam kabinet ialah Menteri Belia dan Sukan. Jadi percayalah Perdana Menteri asalnya dari belia dan tentu saja saya memahami aspirasi belia”.
Dalam majlis ini, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2021 kepada pemenang-pemenang;
Anugerah Khas – Sdr. Aiman Hafizi
Anugerah Emas Remaja Perdana – Sdr. Mohammad Shafizal
Anugerah Kategori Individu Wanita – Sdri. Ammielyya Jusnieza (MAYC)
Anugerah Kategori Individu Lelaki – Sdr. Mohd Adib Anas (GPMS)
Anugerah Kategori Pertubuhan Belia – Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau
Dengan tema yang sama iaitu Dekad Ini Dekad Anda, Sambutan Hari Belia Negara yang sepatutnya berlangsung pada 15 Mei terpaksa dilaksanakan pada hari ini ekoran situasi pandemik yang melanda negara.
Hari Belia Negara dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan selain memperakui golongan belia sebagai aset dan aspirasi terpenting kepada negara.
Majlis ini dihadiri Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Pengerusi Tetap MBM, Presiden MBM, pimpinan belia dan gabungan MBM, Menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan, pemegang-pemegang taruh, aktivis belia serta para belia.