MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sahabat Penggerak: Nadi Baru Belia Madani

KUALA LUMPUR 27 Feb – 1 Mac – Kursus Sahabat Penggerak Belia Madani telah berlangsung di Institut Kenegaraan Perdana, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Program ini menghimpunkan seramai 60 peserta belia dari kalangan ahli badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkukuh peranan sebagai penggerak agenda Malaysia Madani.

Program anjuran bersama Pejabat Perdana Menteri Akademik Kenegaraan Malaysia dan Majlis Belia Malaysia (MBM) ini bertujuan memperkasakan kefahaman kenegaraan, membina jati diri serta memantapkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan belia.

Selain itu, sesi khas MBM turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai sejarah penubuhan, peranan sebagai badan induk belia negara serta fungsi MBM dalam menyelaras suara dan gerakan belia di peringkat kebangsaan.

Sesi ini juga menekankan kepentingan penglibatan aktif belia dalam organisasi berpersatuan sebagai platform membina kepimpinan, jaringan strategik dan semangat kesukarelawanan.

Sepanjang tiga hari penganjuran, peserta didedahkan dengan modul penghayatan Perlembagaan dan Rukun Negara, komunikasi strategik serta pembinaan sahsiah berintegriti.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi, Presiden Majlis Belia Malaysia, yang menzahirkan sokongan padu terhadap usaha melahirkan generasi belia berwawasan, berdaya saing dan berintegriti.

Secara keseluruhannya, penganjuran Kursus Sahabat Penggerak Belia Madani ini berjaya memperkukuh komitmen dalam membentuk belia yang bersedia menjadi agen perubahan positif demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »